The Rigid Of The Feelings

If There Is Anything Better Than To Be Loved, It Is LOVING...

Friday, July 30, 2010

GuRu & KeHiDuPan



Tatkala ssedang aku menyiapkan tugasan audit ku di sini, aku terlintas pada seorang teman lama yang sangat aku kasihi. walau ape pun yang telah terjadi antara kami biarlah ianya menjadi sebuah rahsia. saat ini, apabila hati sudah mula memaafkan semuanya, ketenangan mula menhinggap diri. aku berdoa semoga kebahagiaan dan kejayaan akan terus menjadi milik dia.

aku manusia biasa yang ingin menjalani hidup sepertia biasa dan aku mahu bersahabat dengan ramai orang. aku sering menjadi symbol kebahagiaan dan kepercayaan orang.maka itu, aku tidak mahu mencalit arang di karakter aku ini. selama 20 tahun 7 bulan aku hidup di muka bumi, aku telah berguru dengan ramai orang. tidak kira dari sudut ilmiah, non-ilmiah, fesyen, agama, ethics and so forth. apa yang dapat aku nyatakan di sini ade lah, rasa hormat kepada guru.

mungkin ramai yang tidah tahu bahawa doa seorang guru itu adalah berkat walau hanya segumpal zarah ilmu yang dicurah. sesiapa saja boleh menjadi guru kepada kita. sahabat, ibu bapa, saudara mara, kekasih, ahli ulamak, internet, buku even majalah juga. maka apa-apa pn yang ade di dunia ini bisa menjadi guru kepada kita. baik dan buruk nye sahaja yang ditentukan oleh kita. tapi banyak yang tidak tahu bertapa berharganya jika kita mampu untuk menghormati mereka. itulah sesuatu value yg smakin hapus ditelan zaman.

sememangnya kehidupan itu bisa diteruskan walau kita tidak menghormati guru kita. namun ade yang kurang di situ tatkala kehidupan menjadi begitu susah untuk dinikmati. cuba kita renungkan, kita imbasi ape yang telah kita lakukan, ape yang telah kita katakana kepada guru-guru kita. jika hari ini engkau hidup dengan begitu senang tetapi dalam sekelip mata hidup kamu telah berubah. dimana kamu terpaksa memulakan segalanya dari awal untuk membina asas kehidupan mu.

di saat kamu telah memiliki segalanya dalam hidupmu dan tiba-tiba kamu jatuh tertiarap. mencari salah sendiri dan menyalahkan takdir bukan lah menjadi titik penyelesaian. ramai manusia yang Berjaya pada hari ini adalah kerana hormat nya kepada guruya. kerana guru itu telah memberkati ilmunya, maka Allah memberkati kehidupannya. dan kerna itu, apabila kita melihat pelajar yang bermasalah di sekolah sememangnya boleh Berjaya untuk hidup tapi ianya Cuma seketika.

kemudian itu jatuh lah dia dari kehidupannya dan bangkit sekali lagi meneruskan hidupnya. dan ianya akan berulang begitu sehinggalah dia menyedari salah nya yang sebenar.renung-renung kanlah ….

1 comment: